FLaytout Menu
V3.0, November, 2018

20 April 2023

12:00 PG

PST

|

APAC

Seorang Daripada Dua Rakyat Malaysia Melakukan Kerja Sampingan Demi Mencari Sesuap Nasi

KUALA LUMPUR, 20 April 2023 – Herbalife Nutrition, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan global, telah mendedahkan hasil Tinjauan Kerja Sampingan Asia Pasifik, yang mendapati bahawa 1 dalam 2 (53%) rakyat Malaysia melakukan kerja sampingan dan sebab utama mereka berbuat sedemikian semata-mata untuk mencari sesuap nasi (68%). Sebab lain bagi melakukan kerja sampingan termasuk kos sara hidup yang lebih tinggi (56%) dan mendapatkan jaminan keselamatan kewangan (48%). Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mendedahkan bahawa dua juta ahli berusia 40 tahun dan ke atas mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun simpanan masing-masing, manakala 2.64 juta ahlinya yang berusia antara 40 dan 54 tahun tidak lagi membuat caruman dalam tempoh beberapa tahun lepas.  

Tinjauan Herbalife Nutrition ini, yang dikendalikan One Poll, telah meninjau selidik 1,000 rakyat Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa Gen Z (90%) dan Milenial (89%) adalah golongan yang paling sanggup mempertimbangkan kerja sampingan sebagai sumber pendapatan tambahan berbanding kumpulan umur lain. Secara keseluruhan, kerja sampingan paling umum termasuk menjual produk di laman web e-dagang, mengajar tuisyen, menyediakan khidmat penghantaran dan jualan langsung. 

Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura berkata, “Dalam persekitaran ekonomi semasa, rata-rata rakyat Malaysia mencari cara lain bagi menambah pendapatan dan mengukuhkan daya tahan dan kedudukan kewangan mereka. Negara kita ialah pasaran keenam terbesar dunia bagi pemasaran langsung, dengan jualan mencecah RM 37 bilion pada 2021. Pada hakikatnya, industri ini merupakan satu saluran yang berdaya maju untuk diterokai oleh orang ramai.”  

“Industri jualan langsung boleh menawarkan satu saluran yang fleksibel dan berkos rendah untuk menjana pendapatan tambahan, di mana individu membuat keputusan sendiri tentang berapa banyak masa dan usaha yang patut dicurahkan untuk menjual produk. Jualan langsung juga memerlukan sentuhan peribadi, dan ini penting bagi sektor seperti kesihatan dan kesejahteraan.”

Chin juga menekankan bahawa seperti semua perniagaan, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan dan pendapatan yang diterima mungkin berbeza-beza mengikut usahawan.  

“Bagi mereka yang berminat dalam bidang jualan langsung, sebaik-baiknya mereka bekerjasama dengan syarikat-syarikat bereputasi tinggi yang mempunyai lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan mematuhi peraturan ketat industri. Sebagai sebuah syarikat global yang beroperasi di lebih 90 pasaran, Herbalife Nutrition berbangga untuk menjadi ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia dan kami komited untuk mematuhi piawaian etika dan integriti meliputi seluruh pasaran kami,” kata Chin.  

Mereka yang berminat menceburi bidang jualan langsung boleh meneroka model perniagaan Herbalife Nutrition. Chin berkata, “Selain daripada kos permulaan yang rendah, Herbalife mempunyai Jaminan Piawaian Emas Global untuk melindungi para pengedar, yang lebih tinggi daripada piawaian industri, termasuk jaminan pulangan wang 100% bagi produk yang belum dibuka dan jaminan wang kembali 12 bulan yang boleh dipulangkan sepenuhnya bagi kos Pek Perniagaan Antarabangsa. Para pengedar juga akan menjalani latihan untuk membantu membina asas yang kukuh untuk mengembangkan perniagaan masing-masing, dan juga mendapat manfaat daripada sistem sokongan yang disediakan, termasuk panduan mentor secara berterusan daripada komuniti pengedar dan latihan daripada pakar-pakar pemakanan dan kecergasan serta khidmat bimbingan.”  

Herbalife Nutrition telah menyemai potensi semua insan dengan menawarkan produk bermutu tinggi dan peluang untuk menjana pendapatan selama lebih daripada 40 tahun. Syarikat kami komited untuk terus menyokong usahawan Malaysia yang ingin meneroka minat mereka membantu orang lain menjalani kehidupan sihat menerusi pemakanan yang baik dengan mengusahakan sebuah perniagaan yang berdaya maju.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Model Perniagaan Herbalife Nutrition, sila layari https://iamherbalifenutrition.com/business-opportunity.