FLaytout Menu
Woman In White Hands At Her Abdomen BM

Pemakanan & Kesihatan Harian

3 Cara Anda Boleh Menyokong Sistem Penghadaman Anda

Susan Bowerman 6 Februari 2024

Semasa kita berjalan melalui lorong pasar raya tempatan hari ini, semakin banyak kita dapat lihat label seperti "bebas gluten", "disahkan organik", "100% semula jadi" dan "sokongan imun" pada makanan. Pada zaman dahulu, penekanan label makanan lebih kepada rasa dan bukannya faedah pemakanan. Walaubagaimanapun, sejak wabak itu, individu mengutamakan kesihatan mereka dan lebih memberi perhatian kepada apa yang mereka masukkan ke dalam badan mereka. Akhirnya, satu pembaharuan yang kita perlukan!

Sistem penghadaman kita memainkan peranan penting dalam memastikan seluruh badan kita berfungsi untuk membolehkan kita menjalani kehidupan seharian. Secara amnya, kita tahu ia menguraikan makanan yang kita makan, membekalkan nutrien dan tenaga ke sel-sel kita dan menghapuskan sisa yang tidak diingini dari badan kita. Tetapi, tahukah anda bahawa sel-sel yang melapisi saluran penghadaman kita juga membantu melindungi tubuh daripada bakteria dan virus yang boleh menyebabkan kita sakit? Sekarang kita tahu mengapa frasa "sebiji epal sehari, boleh menjauhkan doktor" dicipta.

Sama seperti cara kita berkongsi setiap maklumat dengan kawan baik kita, usus dan otak melakukan perkara yang sama. Otak bergantung pada sistem saraf dalam saluran penghadaman kita dan sebaliknya, untuk memaklumkan tentang apa yang anda tidak sepatutnya dimakan, serta memantau tahap kelaparan dan emosi anda.

Oleh itu, untuk mengekalkan sistem imun anda, anda perlu berhati-hati tentang apa yang anda makan dan gaya hidup anda kerana ia secara langsung akan mempengaruhi kesihatan sistem pencernaan anda. Berikut adalah 3 petua yang boleh anda ikuti untuk memastikan penghadaman anda berjalan lancar:

1. Ambil Serat

Serat adalah komponen utama dalam diet anda yang membantu penghadaman. Menurut Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) 2017 Malaysia, orang dewasa perlu mengambil 20-30g serat dalam sehari.

Kesalahfahaman biasa ialah hanya terdapat satu jenis serat dan ia hanya menggalakkan keteraturan. Sebenarnya terdapat 2 jenis serat utama, serat larut dan tidak larut. Kedua-duanya berbeza dalam fungsi tetapi matlamat akhirnya adalah menyumbang kepada kesihatan pencernaan.

Serat larut ditemui dalam epal, oren, oat, barli dan kekacang, dan jenis serat ini pekat dan membengkak apabila terkena cecair. Dalam persekitaran berair perut, serat larut mengembang dan membantu mengenyangkan kita. Serat jenis ini juga boleh berfungsi sebagai prebiotik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran penghadaman kita. Alasan kukuh untuk anda menambahkan senarai makanan ini dalam senarai runcit anda.

Sebaliknya, serat tidak larut juga dipanggil "pelawas" boleh didapati dalam sayur-sayuran, dedak dan kebanyakan bijirin penuh. Serat tidak larut tidak dipecahkan oleh badan tetapi menyerap air yang menambah jumlahnya. Tugas ia adalah untuk mempercepatkan laluan "membuang sisa " dalam saluran penghadaman kita dan membuatkan kita kerap membuang air besar.

Bolehkah anda bayangkan betapa kompleksnya sistem pencernaan kita, yang menempatkan trilion mikroorganisma? Banyak spesies bakteria, kulat, yis dan virus yang berbeza dan mencipta koloni yang dipanggil "mikrobiom usus"? Kebanyakan mikroorganisma berfaedah ini bertanggungjawab untuk mengekstrak nutrien daripada makanan anda, dan menghasilkan vitamin tertentu, dan untuk melindungi saluran penghadaman dengan menghalang penceroboh asing yang berbahaya.

Kita perlu memberi makanan kepada bakteria ini dengan sumber gentian larut - bahan api pilihan mereka - yang membolehkan ekosistem mini ini berfungsi dengan baik dan ternyata turut mempengaruhi berat badan, ingatan dan emosi kita. Dengan memasukkan makanan yang ditapai seperti yogurt dan kefir, jeruk dan sauerkraut, pes miso dan buah zaitun ke dalam diet anda, ia membantu memastikan sistem pencernaan anda sihat dengan sumber bakteria berfaedah yang semulajadi.

2. Minum Air

Berulang kali, kita diberitahu untuk minum jumlah cecair yang mencukupi setiap hari. Petua ini tidak perlu difikirkan kerana serat larut dikatakan larut dalam air dan serat tidak larut memerangkapnya yang akhirnya memastikan sistem penghadaman kita berada dalam keadaan terbaik. Tetapi untuk kita menghasilkan air liur dan jus pencernaan dan mengangkut nutrien ke sel kita, kita perlu mengambil jumlah cecair yang mencukupi.

Dehidrasi boleh membawa kepada banyak masalah, salah satunya adalah sembelit. Oleh kerana usus besar menyerap air daripada sisa makanan anda, adalah penting untuk minum lebih air supaya anda tidak mengalami masalah najis seperti batu yang sukar untuk dikeluarkan. Tiada siapa yang mahukan hari pembuangan yang teruk!

Jika anda merasa sukar untuk minum air kosong, pertimbangkan cecair sihat yang lain seperti teh herba atau jus aloe vera yang rasa berperisa sambil memastikan anda terhidrat untuk penyerapan nutrien maksimum dan menyokong penghadaman.

3. Bersenam

Dalam dunia yang bergerak pantas ini, hampir mustahil untuk kita mencari masa untuk kerap bersenam. Tetapi dengan tidak berbuat demikian, anda mengundang penyakit atau kesakitan pada masa akan datang. Apabila otot kita mengecut dan nafas semakin dalam semasa melakukan aktiviti, pengecutan otot usus kita juga dirangsang yang membolehkan makanan bergerak dengan mudah melalui sistem kita.

Dan kerana usus dan otak kita adalah kawan baik, senaman juga boleh membantu mengurangkan gangguan pencernaan yang boleh berlaku sebagai tindak balas kepada emosi negatif. Ini menjelaskan mengapa kadangkala apabila kita tertekan atau mengalami serangan kebimbangan, kita berasa perut kita berkeroncong dan boleh kehilangan selera makan yang dipanggil "tindak balas usus". Kita semua pernah mengalaminya pada satu ketika dalam hidup di mana kita boleh merasakannya di lubang perut kita.

Sebaliknya, isyarat bergerak dari usus ke otak juga. Apabila kita makan sesuatu yang kita tidak patut makan, amaran dihantar ke otak kita sebelum kita perasan ada yang tidak kena. Boleh dikatakan, untuk mempunyai kesejahteraan keseluruhan yang damai dan sistem penghadaman yang sihat, sambungan otak-usus perlu bekerjasama.

Dengan menjalani gaya hidup dan diet yang mengambil banyak serat daripada sayur-sayuran berwarna-warni, buah-buahan, bijirin penuh, minum cecair yang mencukupi dan rutin senaman yang kerap, ia merupakan langkah yang diambil untuk mencegah masalah masa depan yang lebih lanjut dan melabur dalam minda, badan dan jiwa yang sihat.

Mulakan dari sekarang untuk menjaga kesihatan pencernaan anda dan menyokong kesejahteraan keseluruhan tubuh badan anda dari dalam ke luar. Ketahui lebih lanjut tentang Produk Kesihatan Penghadaman Herbalife Nutrition untuk kebaikan masa depan anda.

Rujukan:

  1.  [Internet]. 2022 [cited 21 April 2022]. Available from: https://iamherbalifenutrition.com/health-and-wellness/aloe-benefits
  2.  Susan Bowerman, M.S., R.D., CSSD, CSOWM, FAND How to Promote Healthy Digestion: Fiber, Fluids, and Lifestyle Changes [Internet]. I Am Herbalife Nutrition – Achieve Inspiring Results. 2022 [cited 12 May 2022]. Available from: https://iamherbalifenutrition.com/health-and-wellness/healthydigestion/

Semua maklumat adalah bertujuan untuk pengetahuan am anda sahaja dan bukan pengganti nasihat perubatan atau rawatan untuk keadaan perubatan tertentu. Maklumat ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor perubatan peribadi anda.