FLaytout Menu
Stay Healthy

Pemakanan & Kesihatan Harian

5 Petua Diet untuk Pengurusan Berat Badan yang Berjaya

Susan Bowerman 6 Februari 2024

Anda mencerminkan apa yang anda makan! Makan bukanlah setakat memuaskan perasaan lapar. Pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Dalam masyarakat hari ini, kebanyakan orang menikmati gaya pemakanan yang kaya dengan kalori tetapi kurang bernutrien. Tabiat makan yang buruk boleh memberi kelangsungan hidup, tetapi ia tidak memberi khasiat kepada tubuh kami. Makanan yang mempunyai kalori yang tinggi tetapi rendah dalam vitamin dan mineral — iaitu kalori 'kosong'—boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

Apakah diet terbaik pengurusan berat badan?

Sebenarnya, tidak ada suatu ukuran yang menepati serba-serbi tentang diet pengurusan berat badan. Diet pengurusan berat badan yang terbaik untuk anda adalah diet yang mengambil kira kesemua faktor ini—gaya hidup anda, corak makan anda yang biasa, makanan yang digemari dan tidak digemari. Saya ingin menekankan betapa pentingnya kesemua faktor ini kerana anda tidak boleh melengahkannya lagi sambil menunggu berat badan anda turun. Ingat, langkah-langkah yang diambil untuk menurunkan berat badan juga merupakan langkah-langkah sama untuk mengekalkan berat badan anda. Ia merupakan tabiat jangka masa panjang, justeru ada baiknya jika anda memikirkannya dari titik permulaan.

Yang berikut disediakan 5 petua diet yang boleh membantu anda mencapai matlamat pengurusan berat badan anda:

1. Memastikan pengambilan sarapan pagi

Mengamalkan tabiat sarapan yang sihat bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan jangka panjang dan juga merupakan strategi penting dalam pengurusan berat badan anda. Sarapan yang sihat bermaksud makanan seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ia membantu anda menahan rasa kelaparan mengelakkan anda mengisi perut dengan makanan yang tidak sihat waktu makan tengah hari. Dengan cara ini, anda boleh membantu mengawal pengambilan kalori anda dan menyokong pengurusan berat badan anda.

2. Ambil protein sihat tanpa lemak yang mencukupi

Protein adalah makronutrien dengan nilai kepuasan tertinggi yang berkesan untuk mengenyangkan anda dengan lebih lama. Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink adalah pilihan tepat untuk sarapan berkalori rendah dan berkhasiat. Anda boleh menyediakan sarapan kreatif dengan menambahkan kacang atau mentega kacang, bijirin, avokado, lobak merah, bayam, buah-buahan, emping oat dan rempah-ratus.

Ikan, dada ayam, daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, serbuk protein dan protein tumbuhan seperti kacang, lentil dan soya untuk membantu memuaskan rasa lapar dan juga membantu tubuh mengekalkan jisim badan tanpa lemak. Tujuannya adalah untuk membekalkan sumber protein untuk setiap hidangan dan snek.

3. Tumpukan pada karbohidrat sihat

Sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh adalah sumber karbohidrat yang sihat. Sayur-sayuran mempunyai kalori jumlah paling rendah, diikuti oleh buah-buahan, dan bijirin. Kesemuanya adalah penting untuk diet yang sihat. Meskipun begitu, apabila anda ingin mengurangkan berat badan, anda boleh mengalihkan tumpuan anda kepada pengambilan sayuran yang lebih banyak. Jangan berasa seolah-olah anda perlu makan apa jua buah-buahan atau sayuran kegemaran ramai. Ada beratus-ratus jenis buah-buahan dan sayur-sayuran di dunia ini — pilih mana-mana sahaja yang anda sukai.

4. Jaga pengambilan lemak dan tumpukan pada lemak sihat

Kalori dalam lemak bertambah dengan cepat, justeru cuba sedaya upaya anda untuk mengurangkan pengambilan lemak anda seberapa banyak yang boleh. Guna sedikit lemak sihat—seperti minyak zaitun, atau kekacang, atau avokado—untuk menambahkan rasa ke makanan dan pastikan jangan terlebih.

5. Amalkan kawalan hidangan

Walaupun anda membuat pilihan yang tepat, anda tidak akan mengurangkan berat badan jika anda masih makan terlalu banyak. Sekiranya ungkapan ini menggambarkan diri anda, cuba bermula dengan mengurangkan hidangan anda sebanyak 20%. Walaupun ia tidak kelihatan sebagai suatu perubahan yang ketara, ia amat berkesan untuk perubahan berat badan anda.

*Produk ini tidak boleh mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit.


Sumber:

  1.  Susan Bowerman – The Best Weight Loss Diet for You https://discovergoodnutrition.com/2013/06/best-weight-loss-diet/
  2.  Susan Bowerman – 10 Quick and Easy Breakfast Ideas for Kids https://iamherbalifenutrition.com/nutrition-facts/kids-breakfast-ideas/