Kecergasan & Prestasi
Mitos Metabolisme
Susan Bowerman merupakan konsultan Herbalife. 6 Februari 2024
Kita sentiasa menyalahkan ‘metabolisme rendah’ atas ketidakupayaan kita mengawal berat badan kita. Tetapi apakah metabolisme sebenarnya? Dan, bolehkah kita melakukan apa-apa untuk mengubah kadar metabolisme kita.
Metabolisme merujuk kepada semua proses kimia yang berlaku di dalam badan anda bagi mengekalkan kehidupan – proses yang membolehkan anda bernafas, mengepam darah, memastikan otak anda berfungsi dan mengekstrak tenaga daripada makanan anda. Kadar metabolisme asas anda merujuk kepada jumlah kalori yang badan anda gunakan setiap hari, semasa rehat hanya untuk melaksanakan fungsi organ-organ penting anda.
Kadar metabolisme berkaitan secara langsung dengan komposisi badan anda. Setiap paun lemak badan anda membakar hanya lebih kurang 2 kalori sehari. Tetapi bahagian badan anda yang selebihnya – jisim badan tanpa lemak anda – membakar lebih kurang 14 kalori setiap paun setiap hari. Sebahagian besar daripada jisim badan tanpa lemak anda terdiri daripada otot-otot, jadi salah satu daripada perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah meningkatkan kadar metabolisme anda adalah pembina otot-otot melalui latihan kekuatan. Dan, pastikan anda mengambil protein yang mencukupi daripada diet, yang membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak juga.
Berikut adalah fakta-fakta yang berkisar di sekeliling lima mitos mengenai metabolisme:
Mitos: Penuaan melambatkan metabolisme anda.
Fakta: Berat badan manusia mudah naik apabila mereka semakin tua – tetapi ia biasanya disebabkan mereka kurang bersenam, atau kurang bersemangat seperti dahulu – dan ini bermakna semakin kurang kalori dibakar setiap hari. Hasilnya, kehilangan jisim otot boleh berlaku yang mengurangkan jisim badan tanpa lemak badan anda – yang seterusnya mengakibatkan kadar metabolisme yang lebih perlahan. Latihan kardiovaskular untuk membakar kalori dan latihan kekuatan untuk mengekalkan atau membina otot-otot merupakan pertahanan yang hebat terhadap kenaikan berat badan yang berkaitan dengan umur.
Mitos: Metabolisme anda kekal dan anda tidak boleh mengubahnya.
Fakta: Walaupun ada antara mereka yang sentiasa makan tetapi tidak naik badan, kemungkinannya adalah mereka membuat pilihan semula jadi yang sihat dan secara relatifnya rendah kalori. Kebanyakan daripada mereka yang “beruntung” ini membakar lebih banyak kalori hanya kerana mereka lebih banyak bergerak – mereka mungkin lebih resah, atau lebih kerap bangun dari meja mereka untuk meregangkan badan, atau berjalan-jalan untuk berborak dengan kawan-kawan sepejabat berbanding menghantar emel kepada mereka. Jadi sebaik sahaja anda membuat komitmen untuk meningkatkan metabolisme anda dengan membina lebih banyak otot, gunakanlah otot-otot ini dengan bergerak secara lebih kerap sepanjang hari.
Mitos: Anda membakar lebih banyak kalori dengan mengambil makanan sejuk dan minuman berais berbanding makanan pada suhu bilik atau yang lebih panas.
Fakta: Dalam makmal, ada sikit peningkatan dalam kalori yang dibakar diukur dalam kalangan mereka yang minum air yang sangat sejuk. Tetapi perubahannya sangat kecil (berjumlah hanya lebih 10 kalori tambahan yang dibakar setiap hari) untuk mendatangkan impak yang bermakna ke atas pengurangan berat badan.
Mitos: Jika anda mengurangkan kalori, kadar metabolisme anda juga akan memperlahan, jadi apa gunanya?
Fakta: Memang benar kadar metabolisme anda akan memperlahan sedikit apabila anda memotong pengambilan kalori – kecenderungan semula jadi badan anda adalah untuk seboleh-bolehnya menyimpan kalori. Tetapi, penurunan ini secara relatifnya kecil, dan jika anda menjadi semakin aktif sambil anda mengurangkan berat badan, anda boleh mengimbangi perubahan kecil ini. Dengan gabungan diet DAN latihan, anda boleh mengekalkannya pada kadar mana badan anda membakar kalori.
Mitos: Jika anda berhenti makan pada waktu malam iaitu apabila metabolisme anda lebih perlahan, anda akan banyak mengurangkan berat badan.
Fakta: Apabila orang mengurangkan berat kerana mereka berhenti makan pada waktu-waktu tertentu, ia hanya kerana mereka telah mengurangkan pengambilan kalori secara keseluruhan – bukan kerana pengambilan kalori pada waktu siang. Pengambilan semua kalori sebelum malam tidak akan mempercepatkan pengurangan berat badan kecuali jika anda mengurangkan pengambilan kalori berbanding dengan apa yang anda perlukan.