FLaytout Menu
Jesus Alvarez

Jesus Alvarez

Pengarah Urusan, Mexico

Biografi

Sebagai pengarah urusan pasaran Herbalife Mexico, Jesus Alvarez bertanggungjawab untuk semua perniagaan, strategi, jualan dan fungsi pemasaran di seluruh rantau ini. En. Alvarez membantu syarikat dan Pengedar Bebas Herbalife mencapai tujuan mereka untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan terbaik mereka dan membina Herbalife menjadi syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan yang terulung.

Sejurus sebelum memegang jawatan sekarang, beliau adalah naib presiden jualan dan acara.

En. Alvarez memulakan kerjayanya di Herbalife pada 2011 sebagai pengarah etika dan pematuhan, peranan di mana beliau bertanggungjawab untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan dan garis panduan ahli. Selepas itu, beliau memikul tanggungjawab tambahan komunikasi korporat, perhubungan kerajaan dan hal ehwal saintifik. Dua tahun kemudian, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengarah kanan, mengetuai pasukan dengan tumpuan tambahan pada tanggungjawab sosial.

En. Alvarez mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri jualan langsung, setelah memegang beberapa peranan kanan dengan syarikat utama, seperti Amway, di mana sebagai pengurus besar untuk Mexico, beliau berjaya melaksanakan inisiatif transformasi yang bercita-cita tinggi menghasilkan pertumbuhan yang ketara dalam pasaran.

Encik Alvarez fasih berbahasa Inggeris dan Sepanyol.